Followers

Monday, August 9, 2010

AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Post kali ni aku nk kongsi serba sedikit mengenai Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung...Semoga hari  esok akan bertambah baik dari hari semalam..Sesungguhnya aku ini hanya insan yang lemah dan lalai dalam meniti hari.. chewaahh


Si Isteri yang sedang mengandung..


kepada sang suami diluar sana, sama2 lah kita mengamalkannya...insyaallah..
Kebiasaannya apabila seseorang isteri disahkan hamil, kaum SUAMI adalah antara insan yang paling gembira....namun adakah cukup dengan hanya menunjukkan kegembiraan sahaja....ada beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh suami.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan
cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan  beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

Amalan di atas bukan hanya sesuai waktu isteri mengandung je bahkan ianya sesuai setiap masa. Sama-samalah kita amalkan ye...



*dipetik dari www.keindahanpengalaman.blogspot.com
**p/s: i love u



Saturday, August 7, 2010

My wife, My Life....

Dedicated to My Dearest Wife....

Engkaulah Yang Satu


Hawa yang Istimewa



Duhai kaum Hawa…
Sungguh mulia tempatmu
Terlalu istimewa sifatmu
Tak ternilai kudratmu
Meski masih bisa tertawa
Di kala saat-saat duka
Gahnya air mata itu
Di sebalik keindahan alis matamu
Itulah kelemahanmu
Namun percayalah
Titis kaca itu adalah tulang kekuatanmu jua
Yang bisa runtuhkan ego Adam
Yang bisa runtunkan jiwa Adam
Senyumlah wahai Hawa
Ukirlah seikhlas wajahmu
Sucikanlah ruang hatimu
Kerna ku jua tau
Tulus budimu
Semulus kasihmu
Yang bisa menggoncang dunia
Yang bisa membuka mata semesta
Terima kasih Tuhanku
Aku lahir ke dunia sementara ini
Dalam dunia Hawaku…
Duhai kaum Adam…
Hargailah kasih sayang Hawa
Yang tiada galang ganti
Yang dicurahkan bersama doa
Tanpa Hawa
Dunia ini akan hilang hiasnya
Akan pergi serinya
Tinggallah Adam di sini
Menghitung kesalan di benak hati
Membiarkan Hawa melangkah sepi…
Jangan biarkan Adam dan Hawa terpisah akhirnya…


Nukilan:
No-rulesz Has’z



ps 1 : sy x reti nk tulis puisi2 indah ni...so sy google je kt net cari yang mane seswai...tgk la lagi stahun dua lg, sy try tulis puisi indah untuk awk neh...

ps 2: i love u......

Saturday, July 31, 2010

call me PAPA!!

sudah agak lame aku x update blog aku neh...bukan x nk update,tp aku agak busy dan x de mood untuk menulis....sehinggalah pada hari ini, mood itu telah datang secara senyap2...

30 JULAI 2010 telah membawa 1001 erti dalam hidupku ini...setelah lebih kurang hampir 2 bulan aku bergelar incik suami (aku kawen 6 JUN 2010), aku dikejutkan dengan berita bahawa aku akan jadi ayah x lama lg... CALL ME PAPA!! syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang Maha Esa....

2 jalur merah = tahniah, anda berpeluang memenangi hadiah yang tidak ternilai dari ALLAH SWT
1 jalur merah = cuba lg, belom ada rezeki

WAAAAA, teruja yang amat sangat bila dapat tau berita ni dari puan isteri petang semalam...pada awalnya,kami hanya syak yang si isteri ni mengandung sehinggalah ianya di sahihkn oleh pregnant tester yang kami beli kt guardian semalam.......syukur yang teramat ya Tuhanku..

semoga kami akan terus di satu kan hingga ke akhir hayat... kepada isteri, I LOVE U so MUCH dear..

Saturday, May 29, 2010

doɥsoʇoɥd + 0003p ƃuıʇuǝɯıɹǝdxǝ + ƃolq˙˙˙˙nʞnɹɐq ıqoɥ

huhu...aku pon lom pasti lg benda ni leh jadi hobi aku ke x?? apekah hobi itu?? haha,tulis blog la,ape lg..aku bebas nk tulis ape yang aku suke... selain tu,aku skng ni pon tgh tergila-gilakan sakinah.. OH Sakinah, i miss u so much!! come back to me dear..haha..lepas kawen nanti, leh la aku main- main ngn Sakinah ari- ari (sakinah = D3000)...

kt bwh ni ade beberapa pic yg aku dah edit ngn photoshop...i miss u sakinah..




p/s: buah cempedak diluar pagar,amik galah tolong jolokkan eh..
p/s2: i love u

¡¡¡ʇı ɥʇıʍ lɐǝp˙˙ǝɟıl ɟo uoıʇısuɐɹʇ ǝɥʇ

selamat tinggal zaman bujangku......


tinggal 7 ari je lg...gua da nk kawen beb...rase cam happy pon ade, serabut pon ade,takot pon ade...hurmm,tp aku rase tu sume cume mainan perasaan je... xde ape yang perlu dirisaukan, tawakkal je la pada yang maha esa..semoga dimudahkan segala perjalanan dan urusan hidupku ini...

Friday, May 28, 2010

tetiba je teringat anak buah kt umah.....

nama anak buah sy adib husainy bin rizal annuar...umonye 4 tahun,petah bercakap tp pelat...dlm 10 perkataan,nk paham 1 pon susah...huhu...ayah teh rindu adib!! uwaaaa...

Monday, May 24, 2010

hoyeah...doorgift utk kenduri kawen da siap!!!

Fuhhh,lega rasenye bile dapat tau doorgift yg aku tempah tu da siap..tinggal je lg nk cari baju melayu kaler GOLD utk Mr Faizal (pengapit time aku kt atas pelamin nanti).....pening jgk nk pilih ape utk doorgift ni actually..nak yang murah + lain dari org lain + cun...pikir punye pikir, last2 aku decide utk gune keychain sbg doorgift (credit to Sham i- design sbb bg idea cun beliau)..kepada kenalan, kawan mahupon lawan, simpan la keychain tu sbgai kenangan yek (nanti aku bg time korang datang kt umah aku)..thanks jgk kt tunang aku sbb sokong idea cun aku ni...

aku tempah x byk pon..half utk majlis kt belah pompuan,half lg utk majlis kt umah aku..

hoyeahhh..thanx to i-design

p/s : sy sayang tunang sy..